100% organic, only for naturally lovers.
100% organic, hanya untuk pencinta alam semulajadi.

Thursday, 20 June 2013

VCO homemade lebih berkualiti, lebih murah!

     Zie rasa zie perlu nyatakan bahawa perusahaan VCO @ minyak kelapa dara yang dihasilkan dari syarikat Mesra Bioherb Sdn Bhd adalah secara Tradisional dan di buat sendiri oleh muslims. Kami sebenarnya ingin mempastikan kesemua kerja penghasilan minyak kelapa dara ini dimulai dengan Basmallah dan diiringi dengan sebutan zikrullah semasa penyediaan vco dilaksanakan. Ayat-ayat Syifa' dimasukkan semasa pengendalian akhir produk vco yang dihasilkan.  Ini yang menentukan menjadi atau tak sesuatu produk tu. Nama-nama Allah mestilah diserap kedalam minyak kelapa dara supaya menjadi penyembuhan kepada penyakit-penyakit yang ingin di ubati. Kena ingat, Allah yang memberi penyakit, dan DIA lah yang menyembuhkannya. Tugas kita hanyalah berusaha bersungguh-sungguh mencari penawarnya.

               Pernah dulu Zie hantarkan ke kilang untuk mengeluarkan produk vco ni, namun dia punye keberkesanan nye tak sama dengan yang dibuat secara homemade. Tahu-tahu sajalah di kilang, pekerja-pekerja pun ada yang bukan muslim, warga bangla, burma, indon, dll. Dan kalau muslim pun diorang belum tentu memulakan sesuatu kerja dengan bacaan bismillah kan. Lagi teruk produk yang dibuat tu, kalau sambil package sambil mencarut menyumpah kata-kata yang tak sedap didengar. Semua ni antara faktor-faktor penyumbang kepada produk yang tak menjadi. Semua perkara buruk tu akan diserap kedalam produk yang dibuat. Then, lepas apa yang terjadi, zie sudah tidak menghantar vco ke kilang-kilang. Mungkin zie perlu research dulu kilang mana yang betul-betul mengamalkan islamic semasa bekerja.

          Ada zie jumpa dengan customer-customer, ada antara mereka yang menyatakan keraguan dalam keaslian VCO dari syarikat-syarikat ternama. Kata mereka, vco tak asli, ada yang campur dengan minyak lain. Itu zie tak boleh nak komen, sebab zie tak pernah beli vco dengan company lain, zie makan yang zie buat sendiri saja. Lantas diorang memborong VCO dari syarikat Mesra Najjah Rich Sdn. Bhd(syarikat zie la ni). Mula-mula beli sedozen, then diorang tambah lagi. Mungkin diorang dapat membezakan vco asli dengan yang tak asli. Susah betul nak cari yang ori, company besar kebanyakannya inginkan untung yang besar saja, sampaikan vco pun dah dicampur-campur. Kesian kat orang, sebab kita makan vco untuk sihat, bila dah jadi camni makin tak sihatla jawabnye. Zie harap mudah-mudahan yang beli vco dengan zie berpuas hati dengan kualiti vco yang dihasilkan. Sebab zie buat sendiri, mestilah zie jaga kualiti yang terbaik untuk customer yang selalu repeat order dengan zie.

No comments:

Post a Comment