100% organic, only for naturally lovers.
100% organic, hanya untuk pencinta alam semulajadi.

Monday, 8 July 2013

Cara atasi Gigi rosak? berlubang? mudah tercabut?

         Semua orang tahu keperluan gigi yang sihat ialah KALSIUM. Anda semua tahu tak antara kandungan minyak kelapa dara yang tinggi ialah kalsium! Semasa zie dan team lain mewakili syarikat turun untuk buat promosi di seluruh negeri, tiba-tiba terjumpa seorang lelaki ni menyatakan beliau sememangnya pengguna minyak kelapa dara tegar. Kami pun sembang-sembang mengenai rahsia minyak kelapa dara yang ramai orang tak tahu. Masa tu karnival PKS di Terengganu. Salah satu yang menarik beliau kongsikan ialah cara-cara nak minum minyak kelapa dara. Menariknya semasa minum minyak kelapa dara, kalau boleh buat macam kumur-kumur minyak vco dalam mulut kemudian telan. Katanya, gigi akan kuat, tak mudah berlubang atau rosak dan lambat pula tercabut.Minyak kelapa dara akan meresap masuk kedalam gigi dan gusi. Gusi pun jadi sihat. Selalu kalau gosok gigi dan berdarah, tandanya ada masalah la tu. Itulah yang zie rasa menarik, selalunya kalau minum minyak kelapa dara, zie akan terus minum dengan air suam sebab takut rasa minyak melekat di tekak. Rupanya rugi zie buat camtu. Ada khasiat lain yang zie tak amalkan. Then, lepas dapat ilmu dari lelaki tersebut, zie selalu minum minyak kelapa dara, kumur-kumur dulu biar rata dalam mulut, keudian baru telan. Anak-anak pun zie suruh buat macam tu. sebab gigi anak-anak dah mula berlubang. Minyak vco ni kalau selalu buat kumur-kumur dalam mulut, gigi sukar berlubang tau, especially untuk anak-anak yang sednag membesar..

               Dan bila minyak tu masuk melalui tekak, ia akan membersihkan ruang dalam tekak supaya sembuhkan ulser, MENCAIRKAN LENDIR-LENDIR KAHAKdalam tekak dan ketumbuhan dalam saluran penghadaman. Batuk pun boleh sembuh jika amalkan minyak vco ni. Minyak tu akan resap dalam peparu, dan pecahkan lendir-lendir kahak yang sukar untuk keluar. Bagus untuk sembuhkan asthma dan resdung juga. Susah untuk cerita kalau korang tak rasai sendiri khasiatnya. Saya sendiri sudah sembuh dari resdung yang sangat teruk, sampaikan saya akan migrain dan demam jika resdung menyerang! untuk resdung saya ceritakan di lain entri ok.. Selamat mencuba!